Friday, January 30, 2009

Bahaya Kad Pengenalan Malaysia

Kadang-kadang terdapat di kalangan kita yang ambil mudah pasal IC ni. Tapi tahukah kita bahawa IC Malaysia ini terlalu terdedah kepada pelbagai penyelewengan dan salah guna. Mari kita tengok 2 kes ini.

Kes 1

Sebuah bank perdagangan negara kita memfailkan Notis Kebankrapan terhadap seorang nelayan di kampung saya, Kuala Rompin, Pahang, Mohd Rosdi Bin Seman. Notis tersebut adalah ekoran dari Perintah dan Penghakiman Ingkar yang diperolehi dari Mahkamah Sesyen Georgetown berhubung dengan kegagalan nelayan berkenaan yang didakwa mempunyai hutang kereta mewah keluaran tahun 2008. Kes ini mendapat liputan agak meluas dalam akhbar Harian Metro dan Sinar Harian.

Apa yang memeningkan saya, nelayan ini tak pernah memohon pinjaman kereta malahan tiada lesen memandu pun. Kereta pun tak pandai pandu! Apatah lagi kes ini berlaku di Pulau Pinang, berjuta batu dari Rompin, Pahang. Beliau pula tak pernah ke sana. Apabila saya selidiki, nelayan ini pernah hilang IC beberapa tahun lalu tetapi telah menggantikannya. Saya disuakan Penghakiman Mahkamah dan tertera nama nelayan tersebut sebagai pemohon permohonan sewa beli kenderaan mewah tersebut. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Ia menjadi misteri kepada saya sehingga kini. Apakah memadai hanya sekeping IC ditunjukkan kepada bank tanpa melihat pemikinya, maka pinjaman akan diluluskan?

Saya dalam proses mengenepikan Notis Kebankrapan tersebut walabagaimanapun ingin menegaskan bahawa perkara ini amat menzalimi golongan yang benar-benar tidak mempunyai apa-apa hutang. Siapa yang akan mempercayai mereka ini tidak berhutang,sedangkan IC telah digunakan oleh orang lain?
Kes 2

Kes ini juga melibatkan seorang nelayan berbangsa cina tetapi di Batu Pahat, Johor. Nelayan ini telah disaman oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana tak bayar cukai pendapatan sebanyak RM10,960.07 termasuk kenaikan-kenaikan sebanyak 10% dan 5% yang dikenakan di bawah Seksyen 103(4) dan 103(5A) Akta cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2000 (PY) dan 2000(CY). LHDN memfailkan saman di Mahkamah Majistret Batu Pahat telah memohon Mahkamah memasukkan Penghakiman Terus di bawah Aturan 26A Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 iaitu permohonan dapatkan penghakiman tanpa perlu bicara memanggil saksi-saksi.

Dalam samannya LHDN telah mengemukakan Borang-Borang Cukai Pendapatan yang dikatakan diistiharkan di atas nama nelayan tersebut yang kononya menjalankan perniagaan tekstil dengan pendapatan tahunan sekitar RM80,000.00 lebih. Saya cabar perkara ini bahawa di peringkat ini Mahkamah tak boleh terus buat penghakiman bahawa anakguam saya telah berhutang cukai pendapatan tersebut memandangkan antara pembelaan anakguam saya adalah beliau merupakan nelayan dan pendapatannya tidak layak dicukaikan. Mahkamah setuju dan tolak permohonan LHDN. Apabila saya tanya nelayan ni apa yang sebenarnya berlaku, dia menjawab bahawa IC miliknya telah dipinjam oleh kawannya dan dipulangkan setelah beberapa hari. Nelayan ini buta huruf dan tak mengetahui apa-apa kesan memberi pinjam IC tersebut.

Pengajaran
Ini adalah sebilangan kecil kes-kes yang dilaporkan melibatkan kehilangan dan penyalahgunaan IC. Itu belum dikira IC digunakan untuk identiti orang lain bagi tujuan jenayah etc..Mengapa sebegitu mudah IC milik orang lain disalahgunakan? Apakah memadai jika kita pinjam IC orang lain atau jumpa IC orang lain atau hanya fotokopi IC maka kita boleh terus berurusan menggunakan penama dalam IC tersebut walaupun tanpa kebenarannya tepai diluluskan penggunaaannya? Jika ini berlaku, ia bukan sahaja bakal menzalimi golongan yang tidak berhutang atau yang tidak bermasalah tetapi juga memperlihatkan kelemahan sistem keselamatan negara.

13 comments:

  1. Selamat sejahtera,tuan. Saya ingin tahu lebih jelas tentang kes seorang nelayan berbangsa cina di Batu Pahat, Johor. Kerana saya hendak menggunakan kes tersebut sebagai rujukan bagi tugasan saya mengenai Akta Tandatangan Digital 1997. Segala kerjasama tuan amat dihargai.
    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya pun mengalaminya,bagaimana saya nak setlekan masalah saya yer,nama saya telah di senarai hitam oleh beberapa company yg mengatakan saya telah beli di Johor sedangkan saya x pernah ke johor..pihak company tersebut meminta saya untuk membayar kesemua hutang tersebut sekiranya mahu nama dibersihkan dalam blacklis sistem.Perlukah saya membayar hutang atas kesalahan org lain,ini jg myukarkan saya utk membuat apa2 pinjaman..apa tindakan yg perlu saya buat..saya bingung..

    ReplyDelete
  3. moral dan pengajaran serta langkah berjaga2 tu kena tambah lebih info. bukan apa. aku pon nak baca hehe

    ReplyDelete
  4. Dengan kecanggihan sistem pendaftaran pada masa ini..bagaimana orang lain boleh menggunakan nama dan no kad pengenalan orang lain untuk mendaftarkan anaknya...

    ReplyDelete
  5. salam tuan, bagaimana boleh saya menghubungi tuan? saya juga ada kes dgn lhdn.
    mohdsm7@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. salam tuan, bagaimana boleh saya menghubungi tuan? saya juga ada kes dgn lhdn.
    mohdsm7@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam TUAN PEGUAMKITA...saya ada soalan..adakah salinan kad pengenalan juga berbahaya jika jatuh ke tangan-tangan jahat manusia yang tidak bertanggungjawab .... mohon TUAN PEGUAMKITA jelaskn..sekian terima kasih...dari; Saya yang memerlukan jawapan dari TUAN PEGUAMKITA

    ReplyDelete
  8. Salam, nak tanya saya skrg ni tgh stress…identiti saya telah dicuri. Sejak tahun 2009 tahun lepas saya ada 4 kes..pertama, ada org guna identiti saya apply charge card (Diners Club)..then bila outstanding Diners Club call saya mengatakan saya berhutang dengan diorang…terkejut jugak la masa tu tiba2 orang call bagitau saya berhutang……saya fight dengan diorang dan akhirnya diorang clearkan semuanya…

    Kes kedua, ada sorang ni telah apply talian telefon TM….bila saya semak dgn TM tiba2 saya ada outstanding….aduh……

    Kes ketiga dengan celcom…pun ada tertunggak….

    Kes keempat, orang yang sama apply talian telefon TM tu…dia apply streamyx dgn TM….TM luluskan pulak tu…skrg ni dah outstanding RM1500…

    Saya dah tension…semua tu saya da report polis…tapi masih berlaku lagi…

    Persoalan saya, kalau kes2 macam ni macam mana saya nak buat? sy dah buntu…

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya nak tanya, adakah kemungkinan untuk IC disalahguna jika kita hanya memberikan salinan kad pengenalan sahaja?

    ReplyDelete
  10. Kepada siapa yg plu dirujuk @ diadukan jika berlaku incident seperti ini. Bg memastikan tidak ada apa2 kesalahan ke ats tuan badan

    ReplyDelete
  11. Saya juga mengalami masalah ini.. hanya berikan salinan ic tanpa palang untuk tujuan lain. Tp telah disalahguna. Lagi pula sekarang terdapat permohonan pinjaman mudah dengan hanya mengisi online no ic sahaja sudah layak untuk diterima pinjaman. Akhirnya saya menanggung beban pinjaman yang tidak pernah saya buat.Jika perkara ini berlaku kepada siapa kami perlu rujuk dan buat aduan?

    ReplyDelete
  12. ptg tdi mse di bank sye telah terima panggilan dri satu no dri indo dn dy minta no ic sye ad kah dgn kasi no ic leh jdi kn sye kne jdi peminjam tanpa sye tahui..tlong bgi penerangan skit

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete