Saturday, January 3, 2009

Undang-undang manusia buat


Baru-baru ini saya mewakili seorang peneroka di sebuah FELDA di Pantai Timur yang dituduh mencabul kehormatan seorang wanita di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Di akhir perbicaraan tersebut, Hakim mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan anakguam saya dibebaskan tanpa perlu membela diri.


Dalam kes tersebut saya berhujah bahawa tindakan mangsa yang tidak menjerit, tidak melawan dan tidak pasti apakah tindakan tertuduh yang dikatakan mencabul beliau, sedangkan Seksyen 354 tersebut memerlukan elemen paksaan dan di luar kerelaan dalam perlakuan cabul itu. Saya percaya mangsa dan anakguam saya 'melakukannya' secara suka sama suka. Hujah saya ini tidak dicabar langsung oleh pihak pendakwaan yang membawa kepada pembebasan anakguam saya.

Apa yang nak saya bawakan kat sini adalah inilah kelemahan undang-undang yang manusia buat. Dalam kes tersebut, saya nasihatkan keluarga mangsa supaya bawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah memandangkan perlakuan perbuatan dengan rela ini tiada dalam peruntukan sivil negara ini. Saya menyatakan bahawa kebarangkalian beliau gagal dalam kes tersebut adalah tinggi kerana alasan di atas. Di Mahkamah Syariah, anakguam saya mungkin boleh didakwa dengan tuduhan khalwat, mukaddimah zina dan sebagainya. Beliau enggan dan bersedia hadapi apa sahaja.

Undang-undang seksual dalam bidangkuasa sivil ini meniadakan unsur kerelaan. Ertinya kesalahan zina, khalwat serta hubungan seks sukarela tiada dalam Kanun Keseksaan. Beerti sekiranya tertuduh berjaya membuktikan elemen rela, maka akan bebaslah tertuduh sedangkan mangsa menanggung derita dan malu. Saya berhujah dalam kes ini, bahawa apa yang sedang saya bela bukanlah jenayah anakguam saya, tetapi pendakwaan yang salah terhadap anakguam saya iaitu kesalahan cabul sedangkan beliau melakukan perbuatan suka sama suka yang tiada dalam undang-undang jenayah negara ini. Mahkamah harus bebaskan anakguam saya dan dakwa mengikut perundangan Islam dan korum yang sesuai. Mahkamah bersetuju dengan saya dan bebaskan anakguam saya.

Mana keadilan bagi mangsa?Dimana maruah mangsa hendak disembunyi akibat undang-undang manusia ini sekiranya tertuduh dibebaskan?Undang-undang Islam yang menekan beban pembuktian secara melampaui apa-apa keraguan (shadow of doubt) mengiktiraf zina iaitu hubungan seks luar nikah. Zina dalam Islam adalah perbuatan sukarela. Pendakwaan akan dibuat bagi lelaki dan wanita beerti kedua-dua berhadapan hukuman.Manakala dalam undang-undang sivil hanya mengiktiraf perbuatan seks secara paksaan. Kredit yang amat tinggi diberikan kepada tertuduh.

Oleh yang demikian, di ruang ringkas ini, dapatkah kita berfikir dimana kebaikan undang-undang yang manusia macam kita buat?

6 comments:

  1. wah! peguam kita dah buka firm sendiri! tahniah tuan!

    bila boleh jumpa ni? asyik kat pahang ja. lama tak menge'teh'

    ReplyDelete
  2. kite jd mangse pnceritaan smule oleh anak guam d kedai kepok mokna kuatang.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kalau dah tau anak guam bersalah, boleh ke kita bela?

    ReplyDelete
  4. Sajer tanya, sebab saya pernah ditanya soalan yang sama. Jawapan saya, everyone has right to be represented, even in Islam or Civil Law. Terpulang pada Hakim nak putuskan accused salah atau tidak. Cuma kalau dah nyata dia atau mengaku salah, saya mungkin tak bela. Itu saja.Takada isu "aku lebih tau" atau tidak. Cuma nak berkongsi pengalaman sahaja.:)

    ReplyDelete
  5. slm tuan..kes tuan di atas ni reported tak? ad citation or alasan penghakiman tak...sy nk study case..tq in advance

    ReplyDelete
  6. saya nak share satu kes.
    sorry to say, as a victim myself, i am disappointed with that statement.

    " Dalam kes tersebut saya berhujah bahawa tindakan mangsa yang tidak menjerit, tidak melawan dan tidak pasti apakah tindakan tertuduh yang dikatakan mencabul beliau, sedangkan Seksyen 354 tersebut memerlukan elemen paksaan dan di luar kerelaan dalam perlakuan cabul itu. Saya percaya mangsa dan anakguam saya 'melakukannya' secara suka sama suka.'

    minta maaf nak tanya, apa yang dimaksudkan dengan 'tidak menjerit' dan 'tidak melawan'?
    sebagai contoh, kalau dalam kes saya, dimana ketika kejadian, saya terasa takut keselamatan saya diancam kerana ada objek tajam, pisau dan gunting di atas meja, adakah kerana takut menjerit, itu dikira sebagai perbuatan rela dan tak dipaksa?

    sangat disappointed jika seorang mangsa dikatakan 'rela dan tak dipaksa' hanya kerana dia tidak menjerit dan jadi patung. cuba faham who the victim is. understand the situation.
    mungkin dia pernah kena cabul dan takut bertindak kerana takut diapa-apakan.

    Takkan la kes cabul je boleh main cakap ' rela dan tak dipaksa'. Menggunakan alasan 'rela dan tak dipaksa', bolehkah jika saya membalas dendam, sebagai contoh, meracuni orang yang mencabul saya itu.
    saya racuni dia, dan saya akan cakap, ' No, saya tak bersalah, dia tidak menjerit pun semasa dia kena racun. Dia diracun secara rela dan tak dipaksa. tak ada pun dia nak marah saya. dia makan makanan beracun tu secara rela.'
    ataupun, saya ikat dia, letak salotape so that dia tak boleh bercakap, dan saya bunuh dia. Then saya cakap,' Dia dibunuh oleh saya dengan rela dan tak dipaksa. Dia tak melawan pun. takde dia nak tolak2 saya atau rayu minta berhenti atau jerit minta tolong. Saya tak bunuh secara paksa, dia sendiri rela dan tak dipaksa'

    tolong faham situasi, rujuk pada psychologist jika perlu. tak semua orang berani jerit, especially bila dirasakan menjerit itu akan membuatkan perpetrator 'desperate' untuk mencederakan mangsa.

    takkanla jantan tu bodoh sangat tak tahu nak berhenti bila orang kata taknak.


    ReplyDelete